bersawang dah blog ni...
sekarang aku lagut main game facebook. macam2 ada tapi aku sangat suka menjadi virtual farmer dan tokey kedai makan. tak lupa jugak Yoville, tempat bersosial dengan kawan2 sambil dapat points. sebelum tu aku asyik mencuri telo (Hatchlings) dan main lawan2, tembak2 (Mafia wars & crime lords)..tapi makin lama aku rasa bosan dengan main telo dan tembak2.. bak kata besfren aku, bertani lagi best..
entri pasal klcc tak dapat nak aku buat disebabkan tiada masa. my apology to Sha hehe. takpe lah, abang pikir dah ceritakan, cuma part toilet klcc tu terpendam dulu lah ye.
buat rakan2 yang prihatin ketika aku stres, terima kasih aku ucapkan sebab mengambil berat. buat masa ni, aku dah dapat terima hakikat dan dapat kawal stres bila berdepan dengan masalah bonda. aku cuma harap dapat tumpukan pada keutamaan lain dalam hidup aku. bukanlah bonda tidak utama, cuma aku fikir aku tidak dapat buat apa2 melainkan memberi sokongan moral saja. tindakan drastik telah aku lakukan, jadi aku tak nampak apa lagi yang boleh aku buat selain dari sokongan moral dan memohon bantuan Allah.
sesungguhnya bila Allah menduga kita, hanyalah untuk menjadikan kita insan yang lebih baik..wallahua'lam...
Wednesday, August 12, 2009
Wednesday, July 22, 2009
garu 2
gi klinik kerajaan lak. bukan scabies rupanya tapi eczema....syukurrr alhamdulillah. kalau tak, jenuh nak rebus kain baju berlambak2 tiap2 hari. pengsan wehh!
gerhana matahari..
aku tak tau pun ada gerhana matahari. katanya mula semalam. nampak sangat dah kurang sangat baca suratkhabar..
tempat kerja aku buat solat sunat gerhana berjemaah dengan staf2 dan anak2 murid. pertama kali dalam seumur hidup aku dapat laksanakan solat ni. kalau sekarang ni aku berada di tempat lain, tak mungkin aku akan lakukan. aku sangat teruja sebab rasanya inilah peluang yang julung2 kali. tak pasti akan ada lagi peluang untuk solat sunat gerhana macam ni...
solat ini bukan macam solat sunat biasa. walaupun masih 2 rakaat tetapi rukuk dan sujud dibuat 2 kali. maka jumlahnya ialah 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.. semuanya sangat lama sampai sendi2 rasa macam nak terbakar. nak tau berapa lama?
rukuk dan sujud pertama - tasbih sebanyak 100 kali
rukuk dan sujud kedua - tasbih sebanyak 90 kali
rukuk dan sujud ketiga - tasbih sebanyak 70 kali
rukuk dan sujud keempat - tasbih sebanyak 50 kali
hinggakan aku dah hilang kiraan sampai pada rukuk dan sujud yg ketiga dan keempat. aku tidak mengeluh sbb aku sangat bersyukur dapat laksanakan ibadat sunat ini. asalnya pagi tadi aku dilanda migrain yang sangat kuat sehinggakan panadol acti fast pn tak boleh legakan.
alhamdulillah selepas solat sunat gerhana, migrain aku perlahan2 berkurangan. walaupun tak sembuh sepenuhnya migrain ni, sekurang2nya tak lah seteruk tadi. syukur alhamdulillah! aku sempat juga bermohon pada Allah agar diterima taubat semua orang yg aku kasihi, termasuklah diriku sendiri.
semoga Allah ampuni dosa kita semua, amin..
untuk ketahui lebih lanjut tentang solat ini, rujuk di sini.

Sunday, July 19, 2009
sirap bandung
insiden lunch tadi...(nota: kak ngah 4 thn)
aku : kak ngah, lain kali tak payah la order air sirap bandung ni. bukannya sedap pun..
KN : ye la..kak ngah suka kaler pink...
uhukk uhukkk...di manakah kaitannya air sedap dengan warna air?

Friday, July 17, 2009
garu
kenapa scabies sangat gatal....?
garu garu garu garu garu garu garu garu garu garu garu garu garu garu argggghhhhh................!

Wednesday, July 15, 2009
MLM
tadi sorang kenalan sms, ajak berjumpa nak cite peluang bisnes baru. aku dah muak dengan ajakan2 camni. kenalan ni dah banyak kali ajak berjumpa. konon nak belanja makan sambil sembang2 hal bisnes, kebetulan dah lama tak berjumpa sejak pertama kali berjumpa.
nama bisnes yang konon nak dikongsi aku dah lupa tapi melibatkan restoran yg sekarang ni dibuka di banyak cawangan. modus operandinya, bayar rm360 untuk jadi ahli dan dapatkan kupon makanan percuma kemudian bawa kawan2 makan di situ untuk ajak jadi downline. kawan aku cerita restoran tu penuh dgn ahli2 yang bawak kenkawan untuk pujuk jadi downline aje..
aku dah cuba tolak dengan baik berkali2. harap dia faham la. aku tak suka nak menyakitkan hati orang tapi kalau dah terpaksa, kena jugak berterus-terang. i am totally against this type of business. pada aku, ini bukan bisnes dalam ertikata sebenar. tiada istilah cepat untung dalam dunia bisnes. semuanya kena lalui susah payah dulu..
so pada kenkawan semua, hati-hatilah..

Sunday, July 12, 2009
wahai jiwa yang stress...
aku stress sekarang ni. memang sejak akhir2 ni bertambah2 stress aku apatah lagi dengan masalah peribadi yang melanda. aku rasa ketabahan aku makin merundum. kesian anak2 yang selalu jadi mangsa. sekuat mana aku mencuba untuk menahan diri, ada masa terlepas jua sekali sekala pada anak2 terutama pada kak ngah yang selalu buat hal.
ditambah lagi dengan stress di tempat kerja. alhamdulillah suamiku sangat memahami. dia sentiasa menyokong aku dalam apa keadaan sekali pun. terima kasih, bang. you've always been my soul mate and my pillar of strength. i'll be lost without you... tak lupa juga pada rakan2 yang sudi menjadi pendengar setia dan sudi memberi nasihat dan pendapat. tanpa disedari, sokongan2 ini sebenarnya yang membuatkan aku kuat untuk menghadapi dilema ini.
tapi nampaknya minggu ni mungkin minggu penentuan. aku cuma mengharapkan penyudah yang baik sahaja. aku tidak ingin kecelaruan makin bertambah serabut. kasihan pada adik2 terutamanya yang masih bersekolah. yang bongsu akan hadapi SPM, kedua bongsu akan hadapi STPM. yang bongsu ada penyakit pulak tu, tidak boleh stress. kalau stress, datanglah penyakitnya..
namun yang paling patut dikasihani ialah bondaku. aku lihat dia semakin kurus dijerut perasaan. wajahnya nampak sangat tua dan letih padahal sebelum ni orang blh kata aku dan bonda macam adik-beradik. betapa awet mudanya bondaku sebelum ni.
aku cuma berharap keputusan yang bonda buat telah difikirkan semasak2nya. aku akan sentiasa menyokongnya tidak kira apa jua keputusannya. aku sangat berharap ia memberi penyudah yang baik.
kadang-kadang apa yang kita rasakan baik untuk kita, Allah tetapkan ianya tidak baik untuk kita. kadang-kadang apa yg kita rasakan tidak baik itulah yang terbaik yang Allah tetapkan untuk kita...
wallahua'lam..

Subscribe to:
Posts (Atom)